FANDOM


Teluk Mikage (Mikage Creek) merupakan suatu teluk bertempat di bahagian selatan yang jauh dari Kampung Kaede. Tempat ini juga menyebabkan Kamuitama Janis dibangkitkan semula selepas menyentuh serpihan Shikon.

SejarahSunting

Atas sebab Janis ingin menjumpa Kagome yang tidak hadir ke sekolah selama 3 hari, dia telah mengikut arahan Sen dengan menerjun ke dalam Perigi Makan Tulang lalu kembali ke Zaman Sengoku menjejak Kagome. Menurut kata Kaede, Kagome telah mengesan kehadiran kuasa syaitan yang amat kuat lalu membuat keputusan mencari sebabnya bersama sahabat-sahabatnya pada kemarin. Selepas itu Janis pun telah memulakan perjalanan bersendirian.

Semasa Janis telah sampai ke destinasi tersebut, dia menemui Miroku dan Sango secara kebetulan. Seperti biasa Miroku menanyakan soalan berkaitan kesudian Janis melahirkan anak untuknya, Sango berasa marah lalu terus menarik Miroku ke arah bertentangan. Namun Janis berasa hairan terhadap perkara ini lalu terus mengikut jejak mereka.

Tidak lama kemudian Janis bertemu Kagome dengan Shippo yang mengatakan Inuyasha masih belum sampai ke tapak tersebut, Kagome berasa terkejut terhadap kehadiran Janis. Ketika Janis menjelaskan perkara-perkara kepada Kagome, tiba-tiba Naga Besi yang baru menetas memuncul. Kemunculan Inuyasha yang tepat pada masanya telah banyak menolong Janis dan lain-lain berjaya menghapuskan Naga Besi pada akhirnya.

Inuyasha mencuba mengetahui identiti Janis dengan melangkah ke depannya, tetapi Inuyasha dapat mengimbas kembali ingatannya lalu dapat memastikannya dialah Janis yang disyaki bukan seorang manusia. Miroku dan Sango bergegas tiba ke tapak tersebut dan terus menanyakan keadaan Inuyasha dan lain-lain, namun pada masa yang sama Janis menyentuh serpihan Shikon dari Naga Besi. Keinginan Kagome melarang Janis menyentuhnya sudah terlambat dan serpihan itu telah meresap ke dalam badan Janis lalu pengsan. Inuyasha dan lain-lain mula cemas dengan keadaan yang tidak disangka.

PemandanganSunting

Teluk Mikage berada di kawasan berlumpur, air bertakung dan lumpur dapat dilihat dengan jelas. Namun demikian terdapat banyak kuntum bunga telah bertumbuh di kawasan tersebut.

PertaruhanSunting

  • Lumpur (Sludge), HP: dlm linkungan 300
  • Syaitan Kecil (Little Devil), HP: dlm lingkugan 300
  • Naga Besi (Iron Dragon Spawn), HP: dlm linkungan 1000

ItemSunting

  • Benih Suci (Purifying Seed)
p - s - b Secret of the Divine Jewel
Karakter  JanisDataraTsugumiSenMitsurugiSugagakiGoraiSaraDewa HabakiDewa LautUsubaMasukoShigehira MasukoUsuba Masuko
Lokasi  Kuil SenKuil DataraKuil HabakiKampung KaedeGunung MansetsuDataran SatsukiSarang SaraKampung SakataTeluk MikageKampung MasukoGunung HabakiGua Bulan BaruKuil MitsurugiKuil SugagakiMenara RibutPusat pemeriksaan
Teknik  Jampi Ikat Darah SyaitanKamuitamaShikioniTopeng syaitan

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.

Sekitar rangkaian Wikia

Wiki Rawak