Wiki InuYasha Bahasa Melayu
Register
Advertisement
Kikyo
Kikyo
桔梗 (Kikyō)
Nihongo

桔梗

Romaji

Kikyō

Maksud

Campanulaceae

Maklumat biografi

Tarikh lahir
  • 1429 M
  • 1497 M (dibangkitkan semula)
Usia

18

Tarikh kematian
  • 1447 M (di kampung Kaede)
  • 1497 M
Status

Temu ajal

Maklumat fizikal

Spesies

Manusia

Jantina

Perempuan

Ketinggian

169 sm

Berat badan

57 kg

Warna mata

Perang tua

Warna rambut

Hitam (InuYasha), ungu tua (InuYasha Akta Akhir)

Maklumat keluarga

Keluarga

Kuasa dan keupayaan

Senjata

Anak panah dan busur

Gabungan

Pekerjaan

Pendeta wanita

Kumpulan
Kesetiaan

Kampung Kaede

Maklumat lain

Debut komik

Bab 1

Debut episod

Episod 1

Debut filem

Toki o Koeru Omoi

Debut permainan

InuYasha (PlayStation)

Hanya di

Komik, episod televisyen, khas, filem dan permainan

Seiyu Jepun

Noriko Hidaka

Galeri

Kehidupan ialah kematian, kematian ialah kehidupan. Nama saya ialah Kikyo, saya ialah seorang pendeta wanita yang tidak mampu meninggalkan dunia ini. Tak, ia tak menepati keadaanku. Sebelumnya saya ialah pendeta wanita, tetapi sekarang merupakan sebuah badan palsu, malah dikelilingi sumpahan. Tak kira sedaya upaya saya meminta bantuan dari orang lain, saya masih tidak dapat melepasi nasib sebegini...

Kikyo

Kikyo (, pengertian literal "Campanulaceae") merupakan seorang pendeta wanita yang telah meninggal dunia selepas memeteraikan Inuyasha. Pada masa dahulu dia ialah pengawal Permata Shikon. Selepas kematiannya, Kikyo dilahirkan semula menjadi Kagome Higurashi.

Sejarah[]

Kisah 50 tahun lalu[1][]

Dalam kisah-kisah[]

Dia dibangkitkan semula oleh seorang syaitan bernama Urasue untuk membantunya mengumpul semula serpihan Shikon yang tersebar di merata tempat. Namun, Kikyo telah membunuh Urasue sebelum memulakan misi.

Personaliti[]

Teori empat jiwa Kikyo

Teori empat jiwa[]

Pada 50 tahun yang lalu, Kikyo selalu menyembunyikan perasaan sebenar dan menggunakan sikap serius melayan satu sama lain. Kadang-kala dia akan menunjukkan perasaan kasih terhadap orang lain. Namun ketika Kikyo meninggalkan dunia, dia telah membawa perasaan yang penuh kebencian dan kekesalan. Selepas dia dibangkitkan semula oleh Urasue, sikap Kikyo telah berubah menjadi

Aramitama[]

Nigimitama[]

Kushimitama[]

Sakimitama[]

Kuasa dan keupayaan[]

  • Kuasa kerohanian - Sesuatu kuasa yang dimiliki oleh golongan pendeta wanita. Kikyo mempunyai kuasa kerohanian yang tinggi sejak dilahirkan.[2]
    • Mayose (魔寄せ, pengertian literal "Kuasa pengumpulan") - Ia hanya digunakan untuk menghapuskan syaitan yang tidak terkira. Cara untuk menggunakannya adalah melukis bintang atas permukaan bumi lalu memasukkan ranting pokok di bahagian tengah bintang tersebut. Ranting pokok akan bertumbuh besar sekiranya disihir oleh seseorang mengikut kuasa kerohanian sendiri. Ketinggian pokok akan mencapai ke langit. Aura yang disebarkan oleh pokok itu akan menarik perhatian syaitan dan mengakibatkannya memanjat pokok hingga ke atas. Sesekali syaitan mencapai ke atas pokok, pokok akan menyucikannya dalam tempoh masa yang pendek.
    • Menghalau kejahatan[2]
    • Penyucian[2]
    • Memulihkan kuasa[2]
    • Hipnotisme[2]
    • Menterbalikkan sumpahan[2]
    • Merasai kehadiran Permata Shikon[2]

Penampilan[]

Penampilan Kikyo

Penampilan Kikyo yang berdasarkan format terbaru (InuYasha Akta Akhir)

Kikyo merupakan seorang wanita yang mempunyai kelihatan matang. Kulitnya berseri serta rambutnya lurus dan hitam. Lazimnya Kikyo menggunakan mizuhiki untuk mengikat rambutnya, namun kadang-kala dia juga melonggarkan rambatnya.

Pakaian[]

Biasanya Kikyo memakai pakaian pendeta wanita, pakaian ini terutamanya terdiri daripada hakue dengan hibakama. Hakue tersebut berlengan panjang dan lebar, bahagian sambungan antara lengan telah berpisah sedikit dan mendedahkan hitoe putih. Selain itu terdapat satu tali merah mengelilingi atas kolar hakue dan juga termasuk bahagian tepi lengan. Hibakama berpanjang sampai ke tahap kaki dan diikat ke tahap pinggang semasa memakainya.

Bagi menyempurnakan penampilan Kikyo, dia akan memakai sepasang tabi dan juga zori. Kikyo juga akan membawa sesilinder anak panah dan busur panjang.

Barangan yang dibawa[]

Senjata[]

  • Anak panah dengan busur - Senjata yang digunakan oleh segelintir pendeta wanita. Dari segi luaran ianya hanya senjata yang tidak betapa unik. Tetapi dengan menggunakan seseorang kuasa kerohanian bersama senjata, kuasa serangan dapat mencapai tahap yang paling tinggi.
    • Memanah - Kikyo mempunyai potensi untuk melepaskan anak panah secara tepat tanpa mengira jarak sasarannya.
    • Hama no Ya (破魔の矢, pengertian literal "Anak panah menghalau kejahatan") - Anak panah yang mampu menghapuskan raksasa, memusnahkan pelbagai penghalang serta sumpahan dalam sekelip mata. Kaedahnya adalah menyihir kuasa kerohanian atas anak panah lalu melepaskannya.
    • Fuin no Ya (封印の矢, pengertian literal "Anak panah meterai") - Anak panah yang mampu memeteraikan syaitan atau raksasa yang sukar ditewaskan. Bagi sesiapa yang terkena anak panah ini, mangsa akan berada dalam keadaan tidur selama-lamanya. Cara untuk menbangkitkannya ialah menarik keluar anak panah, namun tindakan ini hanya dihadkan oleh orang yang melepaskan anah panah.

Perhubungan[]

Keluarga[]

Kaede[]

Kaede dan Kikyo

Kaede terkejut terhadap kehadiran roh Kikyo

Kaede ialah adik kandung kepada Kikyo. Pada suatu masa dahulu, mereka sentiasa bersama-sama dan tidak pernah meninggalkan sesama lain. Sebelum Kaede menguasai teknik memanah, Kikyo pun menunjukkan demostrasi serta menjelaskan kaedah kepadanya.

Ketika Kikyo melepaskan anak panah bagi membunuh raksasa yang berniat memusnahkan kampung, anak panahnya terkena mata kiri Kaede secara tidak sengaja. Kikyo berasa amat kesal atas kecuaiannya dan bersungguh-sungguh mencari ubat sesuai untuk merawat kesakitan mata Kaede.

Setelah Kikyo dibangkitkan semula, Kikyo tidak dapat mengenal Kaede yang berusia lanjut. Namun bagi mengetahui dan memastikan kebenaran di sebelah tragik 50 tahun lalu, Kikyo kerap menziarahi Kaede. Semasa kematian Kikyo, rohnya datang balik ke kampung Kaede untuk memohom maaf adiknya pada kali terakhir.

Lain-lain[]

Inuyasha[]

Kikyo dan Inuyasha

Kikyo mencium Inuyasha

Kemunculan Permata Shikon telah menjalinkan nasib antara Kikyo dengan Inuyasha. Oleh kerana Inuyasha dibuli dan dipandang rendah oleh kalangan raksasa dan manusia, dia terpaksa membuat keputusan untuk mendapat kuasa Permata Shikon. Pada permulaan perhubungan antara dua orang tidak sepadan, akan tetapi semakin lama mereka bersama, semakin ghairah perasaan mereka.

Atas sebab Urasue ingin mengumpulkan serpihan Shikon yang tersebar ke merata tempat, dia membangkitkan semula Kikyo. Oleh kerana Kikyo masih tidak melupakan tragik yang terjadi pada 50 tahun lalu, Kikyo membunuh Urasue dengan kejam sekali lalu meletakkan sasarannya atas Inuyasha. Setelah Kagome memberitahu kebenaran tragik itu, Kikyo tidak memberi layanan yang sama terhadap Inuyasha seperti dahulu, dan juga mencari solusi dengan menggunakan kuasa Permata Shikon untuk menyucikan Naraku. Sekiranya Naraku dan Permata Shikon tiada berada di dunia ini, Kikyo akan membuat keputusan untuk bersama Inuyasha selama-lamanya.

Malayngnya situasi tidak mengikut keinginan Kikyo. Setelah Kikyo telah ditewaskan Naraku, Inuyasha asyik berada dalam keadaan yang amat sedih dan menyalahkan dirinya tidak dapat menyelamatkan Kikyo. Sesudah Inuyasha mencium bibir Kikyo, badan Kikyo berubah menjadi roh dan meninggalkan dunia.

Kagome Higurashi[]

Kagome dan Kikyo

Kagome dan Kikyo

Kagome merupakan kelahiran semula Kikyo. Namun, personaliti antara dua orang adalah tidak sama. Oleh kerana Urasue telah menggunakan roh-roh Kagome untuk membangkitkan semula Kikyo, kemarahan Kikyo menyebabkannya membunuh Urasue dengan cara yang kejam. Selepas kejadian ini, Kikyo banyak mengetahui perkara dari Kaede tentang kemunculan Kagome berjaya mengubah sikap Inuyasha secara efektif. Oleh sebab itu, Kikyo amat cemburu terhadap Kagome, dengan demikian menjadikkannya membawa keinginan negatif untuk membunuhnya.

Semenjak Kagome telah memberitahu kebenaran di sebelah targik 50 tahun lalu, Kikyo memulakan perjalanan dengan mengumpul semula serpihan Shikon, dalam kata lain Kikyo sedang menuju tempat berada Naraku. Pada ketika itu, anggapan Kikyo terhadap Kagome mula berubah dan tidak bersikap kejam seperti sebelumnya. Suatu hari, Kikyo terkena sutera labah-labah Naraku bertemu Inuyasha dan Kagome sekali lagi, Kagome ingin menyelamatkan nyawanya dengan meminjam busur Kikyo, tetapi busurnya terpatah secara tiba-tiba, lalu Kikyo menasihatkan Kagome untuk mendapat busur unik yang terletak di Gunung Azusa. Dalam pengembaraan Kagome, dia telah diuji oleh peri Gunung Azusa dengan menciptakan satu ilusi Kikyo, tetapi akhirnya Kagome telah lulus dan berjaya mendapatkan busur panjang.

Oleh kerana Kikyo terkena penggulungan sutera labah-labah Naraku dengan kukuh, Naraku dapat menewaskannya dengan mudah. Sebelum kematian Kikyo, dia menyuruh Kagome untuk menjaga cahaya yang terdapat dalam serpihan Kohaku dan juga menerima busur panjang yang berasal dari Gunung Azusa. Meskipun Kagome memang benci kelakuan Kikyo sepanjang ini, namun Kagome mengalirkan air matanya pada saat kematiannya. Kagome juga berasa amat kesal atas ketidakupayaan untuk menyelamatkan nyawa Kikyo.

Naraku[]

Naraku merupakan seorang hanyo yang telah mempermainkan hubungan antara Kikyo dan Inuyasha pada 50 tahun yang lalu. Setelah Kikyo telah mengetahui kebenaran di sebelah tragik tersebut, Kikyo sentiasa menganggapkan Naraku sebagai musuh sengitnya. Meskipun Naraku mempunyai muslihat untuk memusnahkan Kikyo, namun atas sebab Naraku masih mengekalkan jantung Onigumo; hati yang mencintai Kikyo menyebabkannya menghadapi konflik dalaman.

Pada suatu masa dahulu, Kikyo telah memberikan kesemua serpihan Shikon Kagome kepada Naraku. [...]

Onigumo[]

Kohaku[]

Manga lawan Anime[]

  • Pada permulaan siri komik InuYasha, wajah Kikyo memang seiras dengan Kagome Higurashi sewaktu dia telah memeteraikan Inuyasha ke Goshinboku[3]. Tetapi selama Rumiko Takahashi meneruskan kisah komik tersebut, wajah Kikyo telah mengalami sedikit perubahan, terutama matanya semakin kecil dan berwajah lebih matang dari sebelumnya.

Sebutan[]

  • "Matilah, Inuyasha!"
  • "Roda takdir sentiasa dalam keaadaan bergerak. Selama-lamanya."
  • "Yakah? Maka saya tak perlu ucapkan terima kasih. Ini adalah pilihanmu."
  • "Kalau istilah "yang tercinta" dapat digunakan sebagai arahan penundukan...pun boleh juga..."
  • "Akhirnya, saya dapat menjadi seorang wanita biasa..."
  • "Saya mesti tak menunjukkan sebarang kasihan kepada sesiapa pun. Saya tak boleh mempunyai sebarang keraguan, jika tidak syaitan akan mengambil peluang untuk apa-apakan saya. Walaupun saya seorang manusia, tetapi tak boleh menjadi manusia sejati. Kami mempunyai persamaan, kau seorang separuh raksasa...Sebab itulah saya tak dapat menghapuskanmu begitu saja."
  • "Tiada sesiapa boleh menghalangkanku. Saya akan menamatkan riwayat Naraku, itu saja."
  • "Naraku, saya tak akan mati. Awak sangka saya akan mati dalam lengan kejimu!?"
  • "Pertempuran masih diteruskan. Selagi saya masih menggunakan jalan ini, maka takdirku akan berada dalam keadaan malang sekali. Lepas tu ada seseorang tengah menunggu kehadiranku dalam kegelapan. Sekali lagi, hanya sekali lagi, saya harus memastikan di mana mereka dibangkitkan."
  • "Serpihan akhir....Kohaku....menjaga cahaya Kohaku...Kagome...hanya kau mampu mengatasinya."
  • "Kenapa kau mengkhianati aku, Inuyasha!?"

Trivia[]

  • Seiyu antara Kikyo dengan Akane Tendo dari "Ranma ½" adalah sama.

Rujukan[]

  1. Animasi Khas InuYasha - Destini Lagu Cinta yang Tragik.
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 InuYasha:Zusetsutaizan Ogikaiden
  3. InuYasha Bab 1 - Pemuda yang Dimeteraikan.
Advertisement