FANDOM


Parut angin

Inuyasha menggunakan Kaze no Kizu

Kaze no Kizu (風の傷, pengertial literal "Parut Angin") adalah teknik khas dan serangan khusus pedang syaitan Tessaiga, yang kini dipegang oleh Inuyasha.

Serangan ini dilaksanakan dengan mencari keretakan, atau parut, antara dua aura syaitan berkuasa daripada pemegang Tessaiga dan syaitan pihak lawan. Apabila keretakan itu dijumpai, pemegang Tessaiga boleh mengayunkan pedang ke dalam lekukan, melepaskan gelombang tenaga yang kuat yang mempunyai kuasa untuk membunuh 100 syaitan dalam satu ayunan.

SejarahSunting

Inuyasha menggunakan Kaze no Kizu buat kali pertama secara tidak sengaja ketika dia cuba untuk menyelamatkan Miroku supaya dia tidak akan menggunakan Kazaananya. Apabila pemegang itu menjadi cukup mahir, Kaze no Kizu itu mengelilingi Tessaiga dan boleh digunakan sesuka hati.

Kaze no kizu 2

Serangan yang datang bersama dengan serangan Kaze no Kizu adalah serangan yang lebih berkuasa dipanggil Bakuryuha. Inuyasha mula menggunakan Bakuryuha ketika dia melawan Ryukotsusei, salah satu syaitan yang dikunci oleh bapa Inuyasha. Inuyasha sengaja menggunakan Bakuryuha apabila dia cuba menggunakan Kaze no Kizu. Mengalahkan Ryukotsusei menyebabkan Inuyasha menguasai satu daripada Kaze no Kizu dan Bakuryuha ini, menjadikan Kaze no Kizu boleh digunakan walaupun tanpa mempertimbangkan aura syaitan.

TriviaSunting

Kaze no Kizu ini hanya boleh digunakan jika seseorang menggunakan Tessaiga. Satu-satunya pengecualian adalah mencuri kuasa Tessaiga dan menyerap ke dalam pedang sendiri, seperti Syaitan Cermin Kanna, dan juga pedang syaitan Dakki, yang telah digunakan oleh tukang pedang yang bernama Toshu.

Ad blocker interference detected!


Wikia is a free-to-use site that makes money from advertising. We have a modified experience for viewers using ad blockers

Wikia is not accessible if you’ve made further modifications. Remove the custom ad blocker rule(s) and the page will load as expected.